1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
*Rujukan : mediasiber.com
p/s : Kalau sayangkan suami, jadilah isteri yang solehah. Boleh jadi ketua bidadari kepada suami anda di syurga nanti. Itu baru dikatakan bercinta sampai Syurga..
Tweet |
13 comments:
harap harap dapat suami yang soleh.. boleh bimbing, nanti kat akhirat boleh pimpin masuk syurga.. aminn
hehehehe
InsyaAllah...cinta sampai syurga
Poning den baco
Nak laki punya pulak
@Anonymous : simple camni pun pening lg ka?
@Anonymous : lelaki punya? mestilah bidadari..
seronoknya klu dpt bcinta sampai syurga! insyaA. :)
nice sharing SZ.
@Anonymous
Apa pun x boleh..hmm
aku nak bersama suami tercinta....mmmm
semoga ca dapat ke syurga bersama suami ca nanti..aminnnn...ca share ye.thanks.. :)
emmmmmmm.. errr... tak tau nk komen ape, kawen pon lom lg, Allah SWT je yg tau mane satu takdir sy :D
bercinta sampai ke syurga sangatlah indah...
hurm..nk ckp lebih2 tak boleh...sbb masih belum bertemu jodoh..huhuu...:p
Article writing is also a excitement, if you be familiar with then you can write
or else it is complex to write.
Also visit my blog exercises to improve vertical
Post a Comment