topi nurse |
Asal-usul Hari Jururawat Sedunia
Pada tahun 1953, Dorothy Sutherland daripada Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Amerika Syarikat menghantar cadangan kepada Presiden Eisenhower untuk mengisytihar Hari Jururawat pada bulan Oktober tahun berikutnya. Walaubagaimanapun pengisytiharan tersebut tidak pernah dibuat, tetapi pada tahun berikutnya Minggu Jururawat Kebangsaan dianjurkan dari 11 hingga 16 Oktober, menandakan ulangtahun ke-100 misi untuk Crimea Florence Nightingale.
Namun, pada bulan Januari 1974, tarikh tersebut ditukar dan ditetapkan pada 12 Mei setiap tahun. Mengambil sempena tarikh lahir Florence Nightingale, yang dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden. Beliau membuat banyak pembaharuan dalam sistem kejururawatan dan penjagaan kesihatan. Secara drastik mengurangkan kadar kematian di kalangan tentera dalam perang Crimean sebagai hasil kerja keras, dedikasi dan latihan jururawat yang lain.
Minggu Jururawat Antarabangsa (IND) pula disambut di seluruh dunia setiap 6-12 Mei, bagi menghargai sumbangan jururawat kepada masyarakat.
*rujukan : Billy Info
Asal-usul Panggilan Misi Terhadap Jururawat
Memandangkan panggilan jururawat seperti skema dan terlalu baku bunyinya, aku syak pasti ramai yang lebih gemar menggunakan panggilan nurse terhadap jururawat. Tidak kurang ada yang memanggil dengan panggilan 'Misi'.
Tapi, tahukah anda dari mana datangnya panggilan Misi tersebut? Menurut seorang pesara jururawat, Anne Frances. Sebenarnya tiada siapa yang betul-betul tahu dari mana asalnya panggilan misi tersebut. Bagi Frances, di Malaysia panggilan 'Misi' terhadap seorang jururawat mungkin muncul pada zaman penjajahan British.
Dalam Bahasa Inggeris, 'Missy' ialah panggilan terhadap wanita muda atau anak gadis. Pada zaman kolonial, doktor British akan memanggil jururawat muda sebagai 'Missy'. Ia satu cara yang sopan bagi menyapa seorang jururawat yang anda tidak tahu namanya. Jadi di hospital ketika itu, adalah perkara biasa bagi kita memanggil jururawat sebagai 'Missy' tidak kira siapa namanya yang sebenar. Kemudian, penduduk tempatan termasuk masyarakat Melayu mula serasi dengan panggilan 'Misi' sehinggalah ke hari ini.
*rujukan : persepsiku-wmr
akak2 dan makcik Misi.. kan comey tutup aurat.. |
Persoalan
1. Kenapa kebanyakan awek-awek nurse ni comey lotey? :D
2. Boleh ke sambut Hari Jururawat ni? Tak haram ke? Hargailah hari jururawat hari-hari.. Takkan sehari je? Heheh.. ;-p
SZ : Aku baru selamat 'bedah' gigi pagi tadi. Allah dah ambik balik sebatang gigi yang dipinjamkan kepada aku. Mohon adakan sambutan Hari Doktor Gigi Sedunia bagi mengenang jasa doktor gigi.
Tweet |
6 comments:
nasib baik selamat bedah gigi tu. haha:)) bersyukur dgn nikmat yg masih belom ditarik balik :p
kalau nak haramkan hari ibu, baik haramkan jer smua hari2 istimewa lain tue mcm tahun baru, hari jururawat, hari setiausaha, hari pekerja dll..sbbb ia berasal dari BARAT jugak & jgn haramkan hari ibu jer...
sy stuju dgn entry kamu pasal isu haramkan hari ibu...yg penting kt sambut hari ibu utk ibu kt, niat yg murni, rasanya takde masaalah pun..=)
*sy pun nak mohon diadakan hari krani kewangan sedunia..huhuhu...
ohh.. macam tu rupanya. yuu dari dulu tak minat nak jadi nurse pasal uniform die kebanyakannya mesti kne masuk tdung kat dalam. yg gambr nurse kt atas tu, kt mana tu? bestnya kan kalau sumenya pakai macam tu.. :)
Gigi yg mana takde dah tu? jangan cakap gigi paling depan sudeh lerr.. hek hek .
ada laa jgk part gg kt bawah tu. thanks kpd nurse yg tolong hulur equipment utk bedah gg kt doc. haha. :p
nurse laki panggil apa eh? =="
ohh baru aku tau misi tu heheh hai mrri..
kempen tukar DP FB free palestine http://paliez.blogspot.com/2012/05/wa-ai-ni-palestine.html
Post a Comment