Pages

Sunday, May 20, 2012

Nikah Mut'ah : Seronok Tapi Haram

Masa tengah mentekedarah nasik depan talibesen siang tadi, aku tertengok Nona. Tertengok tanpa niat ok. Ada story pasal nikah mut'ah. Tak sangka, selain memaparkan Neelopa, Nona juga memaparkan slot ilmiah sebegitu. Jadi, tidak salah rasanya aku men'nona'kan sebentar blog ini demi berkongsi cerita tentang Nikah Mut'ah bagi yang tak tengok Nona.



Apa itu Nikah Mut'ah?

Mut'ah berasal dari perkataan Mata'a dalam bahasa Arab yang bermaksud berseronok. Nikah Mut’ah merupakan salah satu ciri khusus perkahwinan dalam Mazhab Syi’ah. Nikah Mut’ah bererti seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan perjanjian tempoh waktu tertentu mengikut persetujuan bersama. Apabila tempoh itu tiba, berlaku perceraian secara automatik tanpa pihak isteri mahupun anak-anak mendapat apa-apa nafkah mahu pun harta warisan. Dalam erti kata mudah, Nikah Mut’ah adalah Nikah Kontrak.

Cara Nikah Mut'ah

Caranya semudah makan kacang. Tak perlu ada tok imam ataupun tok kadi untuk akad nikah. Tidak perlu ada wali dan saksi. Lelaki tersebut hanya perlu bersalam dengan perempuan tersebut dan melafazkan akad nikah dengan sendiri secara berduaan dengan wanita tersebut di mana sahaja dengan bayaran mas kahwin yang sangat murah. Tanpa mengambil peduli samada wanita tersebut sudah bersuami atau tidak.

Mereka mengikat tali perkahwinan untuk jangka masa tertentu samada setahun, sebulan, seminggu atau sehari mengikut persetujuan bersama. Apabila genap tempoh yang dijanjikan tersebut, tali pernikahan mereka terputus secara automatik tanpa perlu melafazkan cerai. Jika isteri hamil atau mendapat anak, semua itu adalah tanggungjawab isteri sebaik sahaja kontrak perkahwinan mereka tamat. Si isteri juga tidak akan mendapat sebarang nafkah dan harta warisan setelah bercerai.

Setelah tamat tempoh, jika dia mahu 'berkahwin' semula dengan perempuan yang sama, tidak haram baginya menikahi perempuan tersebut berulang kali sebanyak mana yang dia mahu. Juga tiada had maksimum untuk beristeri lebih daripada empat orang dalam satu masa. Dengan Nikah Mut'ah, anda boleh ber'poligami' lebih dari sejuta jika mahu.

Hukum Nikah Mut'ah

Pada zaman awal Islam, Rasulullah membenarkah Nikah Mut’ah kerana ia merupakan satu kebiasaan masyarakat zaman Jahilliyah ketika itu. Kemudian ianya diharamkan secara berperingkat yakni terhad ketika berperang dan berdagang. Sehinggalah di penghujung hayat Rasulullah, baginda mengharamkan Nikah Mut’ah secara mutlak sehingga hari kiamat. Justeru, hukum muktamad Nikah Mut’ah adalah haram dan inilah yang menjadi pegangan para sahabat dan tokoh-tokoh ilmuan Islam dari semua Mazhab baik Syafi’e, Hanbali, Maliki dan Hanafi.

Dalil Pengharaman

Dari Sabrah bin Ma'bad Al-Juhaini, ia berkata : "Kami bersama Rasulullah saw dalam suatu perjalanan haji. Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita. Jiwa muda kami mengagumi wanita tersebut, sementara dia mengagumi selimut (selendang) yang dipakai oleh saudaraku itu. Kemudian wanita tadi berkata: "Ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam. Keesokan harinya aku pergi ke Masjidil Haram, dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah saw sedang berpidato diantara pintu Ka'bah dan Hijr Ismail. Beliau bersabda, "Wahai sekalian manusia, aku pernah mengizinkan kepada kalian untuk melakukan nikah mut'ah. Maka sekarang siapa yang memiliki isteri dengan cara nikah mut'ah, haruslah ia menceraikannya, dan segala sesuatu yang telah kalian berikan kepadanya, janganlah kalian ambil lagi. Kerana Allah s.w.t telah mengharamkan nikah mut'ah sampai Hari Kiamat (Shahih Muslim II/1024).

Dari Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata kepada Ibnu Abbas ra bahawa Nabi Muhammad saw melarang nikah mut'ah dan memakan daging keldai jinak pada waktu perang Khaibar (Fathul Bari IX/71).

Kesimpulan

Jika dilihat pada cara perlaksanaannya, Nikah Mut'ah sememangnya nampak mudah dan menyeronokkan. Nikah Mut’ah tidak ubah seperti mahu menghalalkan zina dan pergaulan bebas. Merupakan satu bentuk penghinaan dan penindasan terhadap kaum wanita. Seolah-olah merendahkan martabat wanita dengan menganggap mereka sebagai tempat memuaskan nafsu semata-mata. Wanita diperlakukan tidak ubah seperti barang sewaan, malah hakikatnya boleh disamakan dengan pelacuran. Sedangkan di dalam Islam, kaum wanita diangkat tinggi darjatnya.

Selain terdedah kepada bahaya penyakit hasil seks bebas, ia turut memberi implikasi besar terhadap zuriat keturunan. Cuba bayangkan seorang wanita mampu dimiliki ramai lelaki dan anak-anak yang dilahirkan wanita itu mempunyai bapa yang berbeza, malah anak-anak tidak mengenal siapa ayahnya. Dalam sistem Mut'ah, anak bukanlah tanggungjawab suami. Tidak timbul lagi persoalan nafkah kerana awal-awal lagi tujuan nikah ini hanya untuk mendapat keseronokan secara ‘halal’.

Disebabkan itu, Nikah Mut'ah sememangnya wajar diharamkan.


SZ : Harap tak ada puak syiah yang serang aku kat ruangan komen ni. Kat Malaysia ni dah makin banyak puak syiah. Bahaya.

25 comments:

imantizz_truper said...

ooo....dudlu pernah dengar macam nie..

[wani_mn] said...

Oo info baru. Selama ni sy baca dlm novel kahwin kontrak - nikah mcm biasa cuma berkahwin dlm tempoh tertentu shj. Berbeza dgn entri ni, dia tak perlukan wali tu semua. K, sy bljr benda baru hrni =DD

Mohamadazhan.com said...

salam bro

member aku ada juga cerita budak2 mengaji timur tengh ni ada juga dok amal benda ni...guna agama utk nafsu...so, nak cari balik dari sana hati2 juga..selidik betul2...hehe

Jom baca kisah Anak Muda Kaya dengan JUDI

Nana said...

kalau nikah mut'ah ni dihalalkan dalam islam,maka banyakla maksiat berlaku..dat's why Allah haramkan..

AZRI said...

fuhhh.. gila lah

tuanseliper said...

ohow. begitu rupenya. thanks for sharing.

*tak tengok telebisen pon.x mampu.haha=p*

eZmALiZa said...

hahaha =D men-nona-kan blog? ayat baru tu SZ. =D

btw, baru tahu nikah ni ade byk jenis.. mut'ah pon ade eh? Islam itu mudah.. tp kita jgn permudahkan Islam. benarlah apa yg dikata..kalau mut'ah ni halal, memang banyak la anak tidak berbapa memandangkan tanpa perlu ada tok kadi tatkala nak menikah...

thank you sudi share entry ni. maklum lerr..kite yg pompuan pon tak tengok nona..hehehe =D

blog-tips-kurus said...

kenapalah ada yang amalkan lagi..

Puteri Iqa Izyan said...

dalam novel byk cite pasal nikah2 kontrak ni. huhu.

harapnya takde yg nak amalkan benda ni. lagipun perempuan ni haruslah dilindungi. kalau nikah muta'ah nmpk lebih kpd memudaratkan kaum wanita. sbb tu haram. Allah Maha Mengetahui :)

Muhammad Izuan said...

knp masih ada yg buat. stuju, seolah menghalalkan zina...

AzianKhalil said...

pernah dengar dulu...ramai student malaysia yg study oversea yg terjebak dgn kancah ni...tak tau ye ke tak..sbb masih mentah tatkala isu ini dikupas

Kakzakie Purvit said...

Kalau menikah tak ikut rukun nikah memanglah jelas sangat tak sah... tapi ada student kita nikah ikut rukun tapi diletak macam MOU habis belajar cerai... so balik M'sia konon macam bujang/anak dara....masya-allah... dibuat macam makan pisang buang kulit mudahnya:(

Pentingnya ilmu munakahat dalam mendidik anak-anak dalam kehidupan harian kita...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

belajar lagi 1 ilmu baru hari ni

;)

Fariz Reza [FR] said...

let see kalo 2 pasangan terdampar kat pulau dan berdua-duan ...pernah juga uztaz cakap kalo dah terpaksa lelaki dan perempuan yang terdampar itu boleh melafazkan akad nikah kerana terdesak (nafsu) dan tiada tok kadi mahupun wali ( terdampar di pulau yg tidak diketahui) for example la...

tapi dalam kes nikah ni boleh suka-suka hati macam tuh je...MasyAllah (T_T) ....semudah itu sahaja...

wallahualam....

Syafiq Ahadin said...

untunglaa lelaki... hahak3!!!!

kalau lelaki yang GS (gila s*x mesti rase best kan hahhaahaha)......

DanieL AdiE said...

Info yang sgt berguna..

Tq2..

Shiqin Sunshine said...

OWHHH....hihihi, lawak plak bila baca ni>>>> aku tertengok Nona. Tertengok tanpa niat ok. hahahah...

Sunah Sakura said...

alhamdulillah..baru tahu sejarah nikah mut'ah bila baca entri solihin ni...rupanya awal dulu dibenarkan...

Unknown said...

Kawen kontrak erti kate lain

ade je y buat

nvel melambak cte same

nabByla said...

bella baru tahu sai benda nie...


hmm zaman skunk nie mcm2 la...

minta jauhla benda2 yg tak elok. huhu..

Miss Meen said...

Wah!!!! Bgs bgs mengikuti NONA :)
Akhirnya alhamdulillah dapat juga inf0 baru

Melalui blog SZ nie dapat jugak link bl0g Novelis Fatima Syarha :)
Feveret nie!!! tQ!!!! :D

zul hassan said...

nikah mut'ah tak boleh nikah khitbah??? yang ni best ni kalau dapat story

Jay said...

Kahwin sambil memasang niat untuk bercerai dlm tempoh tertentu sangat DIPUJA dalam novel2 yg dibaca wanita2 & gadis2 MELAYU. Awas, orang kita SUKA perkara yg haram:
http://squidoo.com/kahwinpaksakontrak

Anonymous said...

Assalam... Nikah khitbah tu dgn kata lain nikah gantung.. Ok x haram.. Nikah dulu walimah kemudian...tapi syarat sah nikah n rukun tetap sama mcam asal..

Unknown said...

Hampir terjebak Astaghfirullah alazim..sy bertny dlm fb team dkwh islam ttg soal cinta dunia remaja mereka bkata nikah mut'ha la..dan sir lg komen katanya cdgn yg elok! Astaghfirullah alazim..nauzubillah