Sebelum ini, adakah anda ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook anda menukar avatar tersebut, pasti anda akan tertanya-tanya apakebenda tu? apakehal yang terjadi sekarang ni? Yaa.. Sekurang-kurangnya sekarang anda dah tahu. It's called awareness!
Simbolik Penukaran Default Picture (DP)
1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud "Shabas" dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.
4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Mogok lapar terbesar dalam sejarah.
5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.
6. Anda tak tahukan pasal ni sebelum ni? Sekarang anda sudah tahu. Ini membuktikan motif penukaran DP kami telah berjaya mencapai matlamatnya.
Apa hukum mogok lapar?
“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!"
Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.
p/s : KLIK Memperingati 64 Tahun Hari Nakbah Palestin
p/s : Sila Pilih Avatar Kegemaran Anda.. KLIK SINI!
p/s : klik Mogok Lapar Berjaya Tundukkan Israel
SZ : Kalau tukar default picture tapi tak berdoa pun tak jadi jugak..
Tweet |
27 comments:
Thanks for the info. Exactly, kita tak membantu secara fizikal, but after we knew about this, kita akan mendoakan mereka. So we help them spiritly.
Lindungilah semua umat Islam ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Besar, Kau Maha Kuasa. Aminnn
Moga usaha kita sedikit sebanyak akan meringankan beban mereka. Who knows kan. Allah itu Maha Adil.
Allahuakbar!
In Solidarity with Palestinian Prisoners
perjuangan kecil dengan harapan orang lain sedar akan hal ni.
Kakak memang sudah tak berFB sejak tahun lepas anak-anak periksa. Tapi hal ini kakak tahu. Doa jemaah surau kakak setiap kali selepas solat maghrib dan isyak (waktu lain kakak tak ada)...
Salam. Mohon nak share dekat blog saya boleh tak??
ohhh.. baru tau.. nak tuka dp sekarang jugak!! hee
anum pun sama
baru tahu
thanks..
Ada yang perlekeh jgua sebenarnya....
sebagai umat islam ..kita tak berbuat apa-apa pun...kita tak mengangkat pedang pun...apa salahnya kita memberi sumbangan kecil dengan menukar DP itu..Alhamdullilah "perang media" berjaya dihasilkan......
(^_^) Hidup Palestinian...
terima ksih pasal info ni ! :)
baru tahu. ni yg nk tukar gak ni
@^ FA NORIZAN ^ : boleh2.. jap nk send via message..
Hmm, kenapa perlu support pengganas??
@f i k r i f a d z i l : buat lawak ka apa ni?
hang ingat kalau dh nama tahanan penjara, mesti pengganas ka? *facepalm*
mohon rajinkan membaca n ambil tahu dunia umat Islam di luar sana sama..
allahuakbar!!! semoga allah memberkati umat islam di akhir zaman!!! allahuakbar!!! samada siapa tahanan itu tidak penting , bukankah islam itu bersaudara??
hidup solihin!!! eh, mentibe-tibekan diri jugak kat sini.. :p
lain orang lain perspektif
semalam tengok DP camni, rase smart, trus tukaq..... tapi time tu aku tak tau pun pasal bende ni, then orang post kat fb pasal mogok lapar, baru aku tau.. huhuhu!
nak gune sampai bile2 laa DP ni.... hehehe!
btw, nak minta tolong ang buatkan DP cam ang boleh? hehehehhehehehe! *melutut*
bagus dp ni
memang rasa sangat sayu bila tgk kat home FB semua coklat klu FB leh tukar kale sanggup tukar kale coklat..
notakecik::yang tak bestnya ada juga yang dok ajak g makan mcD.. anak ayam tui
tak slh penukaran dp itu sebagai tanda skongan kita..namun agak kecewa bila ada yang menggunakkan dp kaler coklat tapi image bukan2..kan dah lari dari apa yang cuba kita sampaikan?
#skdr pndpat yang hina dari sy bro..slmt mlm
kalau SZ tak tukar avatar twitter, mmg sampai kesudah saya taktau pape. btw, terima kasih SZ! *sujud kaki ang* :DD
bijak...menggunakan altenatif yg lain drpd yg lain.tahniah.sekurang-kurangnya klu x dpt bantu secara terus pun dpt memberikan kesedaran kpd org lain,yg mungkin boleh membantu.semoga usaha n niat ikhlas anda membantu agama allah mendpt rahmat drpd allah.
bagus info ni. mohon sgare buleh?
eva mintak share ye..maceh..
insyaallah...ameen...<3
salam..
x ikut perkembangan semasa betul lah, patut pun perasan ada y guna avatar ni..
Post a Comment