Setelah melalui beberapa prosedur yang mana saya terpaksa beratur panjang sebanyak 3 kali dengan penuh kesabaran dan semangat berkobar-kobar, akhirnya saya berjaya juga menggenggam segumpal wang kertas berjumlah RM250 tunai. Sesungguhnya, wang kertas bernilai RM250 tu sungguh besar nilainya bagi saya sebagai seorang rakyat marhaen yang masih bujang dan tidak makan rasuah. Dengan tidak semena-mena, persepsi saya terhadap Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah berubah.
Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan BN di atas pemberian BR1M ini. Saya cukup terharu dengan usaha para menteri yang terpaksa berjimat cermat dan mengikat perut malah ada yang menggunakan wang hasil dari amalan menabung sejak kecil semata-mata ingin mengumpul dana BR1M ini yang saya kira nilainya jutaan ringgit. Penyokong parti pembangkang sepatutnya berasa malu untuk menerima pemberian ini kerana itu adalah duit poket para menteri BN.
Bagi saya, janji Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, menurunkan harga kereta, memberi pendidikan percuma dan menurunkan harga barangan lain tidak akan membantu saya menyelesaikan masalah kos sara hidup yang tinggi sekarang ini. Tapi, saya yakin bahawa dengan pemberian BR1M RM250 ini, masalah kewangan saya akan selesai.
Saya akan gunakan wang tersebut untuk mengisi minyak motor, menolong meringankan beban ibubapa saya menanggung kos pembelajaran adik-adik saya di IPT. Malah, saya juga akan guna duit tersebut untuk membeli kereta, membeli barang keperluan dapur seperti gula, membeli smartphone, membayar bil elektrik dan membelanja kawan saya makan choki-choki. Saya akan manfaatkan RM250 itu dengan sebaiknya selama 4 tahun dengan berhemah. Syukur.
Dengan ini, saya berjanji dengan sepenuh hati akan memberi sokongan 100% terhadap Barisan Nasional untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU13 nanti. Sekian.
SZ: Orang bagi kita ambik.
Tweet |
9 comments:
Apakan daya.. diriku xlayak.. haha.. Undilah.. undilah.. undilah mana yang rasa nak undi nanti.. hehe..
betul tu org bagi kita ambil, tapi kalau ambil lepas tu cakap mcm tu kira mcm mana pulak ek...
syukurlah Allah dah beri sedikit rezeki aamiin
Macam mana nak tahu, kita layak atau tak utk dapatkan BRIM tue? Sy pun ada apply jugak
najib nk bagi brim lagi.. kali ini berganda2... 1juta sorang aku rasa,syaratnya kene gangnam style dulu laaaaa~
@Mysara Newrie : tak pasti pulak. sbb sy dpt tahu melalui surat jemputan yg dipos ke rumah.
Untungla dapat BRIM...
selepas membaca apa yg diutarakan oleh saudara, saya akan memberi 100% kpd kerajaan BN pada kali ini agar mereka akan menjadi pembangkang selepas PRU13 nanti...
sarcasm sungguh. haha
aik..len mcm je bunyiknyer..cm perli pon ade..hahaha
sarcasm & makan dalam sungguh..huhuhu..
~untung jugak dpt BR1M, sy tak dpt sy tak mohon pun BR1M walaupun layak memohon...huhuhu..:/
Post a Comment