Topik hot di facebook hari ini. Poligami.
Ramai yang melahirkan rasa terkilan terutamanya kaum hawa apabila mendengar berita Ashraf Muslim berkahwin lagi satu di Thailand. Sehinggakan aku yang seiras Ashraf Muslim turun merasa tempias kecaman tersebut. Ok. Sila jangan muntah dengan sengaja di siang hari. Batal puasa.
Terbaca satu nukilan luahan hati Noor Dayana, isteri pertama Ashraf Muslim yang mungkin agak kecewa dengan tindakan suaminya. Aku tertarik pada rangkap berikut:
Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand.
Agak pedih dan menusuk di situ.
Memang poligami tu tak haram. Tapi, cara tu mungkin agak tak kena. Tambahan majoriti perempuan tidak suka dimadukan. Apatah lagi dengan cara begitu. Terasa seperti ditipu dan dikhianati.
Ok. Kepada para suami dan bakal suami sekalian. Meh kita semua pakat-pakat bayangkan. Andaikata perempuan dibenarkan poligami. Apa agaknya perasaan lelaki terpaksa bermadu berkongsi isteri dengan lelaki lain?
Ohoi! Tobat aku tak mau. Tengok orang yang aku minat mention nama laki lain kat facebook pun jeles nak mampoih dah. Tu baru crush. Tak jadi bini atau awek lagi. Ini tiba-tiba kalau dapat berita bini kita kawen lagi satu kat Siam. Gila. Mesti menyirap punya la.
Ok. Kita masuk sikit hal dalam kelambu. Bayangkan malam tu giliran madu kita bersama dengan isteri kita. Tiba giliran kita tidur sorang-sorang dalam bilik malam tu. Mesti rasa sunyi tak ada 'bantal peluk'. Mesti terbayang-bayang, apa agaknya isteri aku tengah dok buat dengan madu aku tu. Ohoi. Bayangkan kita terpaksa kongsi isteri? Bayangkan! Mampukah kita? Kalau wanita sampai boleh gaduh tarik rambut. Silap haribulan kita boleh bertumbuk beb dalam hal ni. Haha.
Di sini, aku bukannya nak pertikai pasal poligami. Aku pun tahu tak boleh pertikai sesuatu yang menjadi sunnah Nabi dan dibenarkan dalam Islam. Aku pun tahu antara hikmah perempuan tidak dibenarkan berpoligami sebab nanti kita tak dapat nak trace anak dalam kandungan tu nak ber'bin'kan suami yang mana.
Tapi sekadar ingin mengajak kaum lelaki sekalian menyelami perasaan wanita andai kita di tempat mereka. Jangan kemaruk nak pasang lagi satu sehingga mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira hati dan perasaan mereka.
Dan sebelum kita kata mahu berpoligami kerana ingin mengikut sunnah Nabi, adakah sunnah Baginda yang lain kita dah laksanakan? Adakah yang wajib sudah ditunaikan? Dan pernahkah kita terfikir, kenapa Nabi berpoligami? Sila baca Kenapa Nabi Muhammad Boleh Berpoligami Lebih Dari Empat Isteri?
Kalau kau rasa kau mampu berlaku adil terhadap isteri-isteri kau. Kalau kau rasa isteri kau sememangnya mengimpikan payung emas, teruskan niat kau nak berpoligami itu. Tiada siapa menghalang. Sesungguhnya kau insan bertuah. Dan kepada wanita yang tidak suka poligami, jangan pertikai lebih-lebih pasal poligami. Takut lari akidah. Bahaya.
Sekian, dari saya pejuang hak wanita. Jodoh-jodoh sekalian, sila undi saya sebagai calon suami pilihan. Kehkehkeh..
p/s: Apa-apapun, doakan yang terbaik sudahla buat mereka. Tap payah nak emo dan kutuk lebih-lebih. Jadikan sebagai pengajaran.
SZ: Dengan serius aku nyatakan, aku tak berhajat nak madukan isteri aku nanti. InsyaAllah.. Aku ni pesen setia teghok kalau dah betoi sayang. Cewah.. Up saham. Up saham. lol.

Tweet |
20 comments:
Huyyoo terbaik la artikel ni! Bravo abam SZ ;)
Tersengih membaca..insyaAllah moga sz dapat sorang isteri yg senang dilentur...solehah... aminnn...
susah la kalau perempuan boleh poligami.. asal mengandung je kene buat DNA anak, sbb xtau sape bapak..
semestinya kata-kata akhir SZ tu mengundang senyuman sesetengah wanita.kehkeh.
sedih baca nukilan Dayana tu. perempuan mana sanggup bermadu kasih walau mulut cakap redha tapi hati pedih wo
Semoga bertemu jodoh yang terbaik dari AllahSWT. Amin.
Nak kena tag amet ni LOL. oh btw amet pon iras ashraf muslim tau! ~bluekkk~
perghhhh buat betul0betul entri rupenye. hahahaha
betapa kami, kaum perempuan berharap agar lelaki dapat memahami perasaan jika dimadukan.
tak suka tu satu hal. cara yang tak kena tu lagi sakit rasanya.
:)
Memang kes Asyraf Muslim ni telah menyentap hati ramai wanita kat Malaysia ni..
Kesian first wife dia..
Cara Mudah Khusyuk Dalam Solat
up saham. up saham. hahaha gigih sangat tu :p
perghhh solihin....
memang bakal suami mithali lah... kalo la suma lelaki ada fikiran macam solihin ni....
nsb bek adik bradik perempuan kecik lagi..kalo x p minang wat adik ipaq dh haha
sedih dan sebak rasa hati bila baca nukilan dayana tu..hurm..sy mmg tak suka dgn tindakan ashraf tu kahwin lari kat siam, memang tak patut.. :(
amboi bakal jodo2..ehehhee..;)
Ala memahaminya hehehe.
try to put yourself in someone's shoes, baru betul caranya.
moga bertemu pasangan yg terbaik buat sz, in sha Allah :)
betapa tabahnya hati ! urghhhh
Kalaulah agama kita benarkan si isteri berpoligami, tentunya saya terasa hati sekiranya isteri saya berpoligami.
Tapi, saya pula teringin untuk berpoligami... Hehehe...
@amiey lee : amin2.. sedang cuba utk lenturkan diri jd soleh juga sblum mahukan yg solehah. hehe..
@juicy X : ceh. nak jugak amet dia. haha.. untungla dh nikohhh.. haha..
@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr : adik yg kecik tu bleh booking jadi bini no4 nanti tak? ahaha.. upsss..
@fathiahRAIHANA : insyaAllah.. aminnn..
tetibe terjatuh hati plak kat org yg tulis entri ni.. hihihi ;p
bakat menulis anda agak menarik..hahaha..semoga dikurniakan seorang isteri yang baik dan solehah :D
Post a Comment