Pages

Monday, July 22, 2013

Jangan Swastakan Kebaikan

Selalu kan kita dengar ayat-ayat yang lebih kurang begini bunyinya...

"Bulan puasa ni, tak baik menipu."

"Hari jumaat ni, tak baik mengumpat orang."

"Dah macam ustazah je aku tengok bila kau pakai tudung."

"Berjubah berserban, dah macam tabligh."

"Kat Mekah ni, tunjuklah akhlak yang baik."


Errr.. Adakah selain bulan puasa, menipu itu baik? Selain hari jumaat kita boleh mengumpat? Peguam, kerani bank, selebriti, makcik cleaner tak perlu tutup aurat? Jubah dan serban itu uniform eksklusif untuk jemaah tabligh sahaja? Keluar dari tanah haram kita boleh amalkan akhlak yang buruk?

Adakah dosa hanya berbuah pada bulan Ramadhan? Adakah malaikat Raqib dan Atid bercuti pada hari Jumaat? Adakah menutup aurat hanya diwajibkan untuk golongan ustazah? Bukankah jubah dan serban itu pakaian sunnah Rasulullah? Adakah Allah hanya ada di Mekah dan Madinah?


Ehem. Apakata.. Ye, apakata kita...

Jangan swastakan kebaikan pada mana-mana bulan, mana-mana hari, mana-mana jemaah, mana-mana pangkat atau bidang, dan mana-mana tempat sekalipun.

Nak jadi taat, kena tunggu Ramadhan.

Nak jadi baik, kena tunggu Jumaat.

Nak ikut sunnah nabi, kena masuk tabligh.

Nak pakai tudung labuh, kena jadi ustazah.

Memang tak dinafikan semua itu boleh dijadikan modal permulaan untuk kita jadi lebih baik.

Memang bagus bila ada yang niat mahu khatam Al-Quran dalam masa sebulan di bulan Ramadhan, sentiasa bersujud di sejadah, dan mula bertudung menutup aurat. Tapi yang tak bagusnya, bila menjelang Syawal, Al-Quran kembali berhabuk di rak, sejadah jadi alas iron baju, tudung mula jadi kain buruk.

Tunggu Ramadhan tahun depan pulak baru nak start insaf dan jadi baik semula?


Yang sebaiknya,

Jadilah hamba Allah yang bersifat Rabbani. Jangan jadi hamba yang ramadhoni, makki dan madani. Yang taat kepada Allah hanya pada bulan Ramadhan sahaja, jadi telus ketika ketika berada di Mekah sahaja atau jadi baik kerana berada di Madinah. Jadi baik berjuzuk, berwaktu, bertempat.

Jangan swastakan kebaikan. Dosa pahala bukan bermusim. Allah itu sentiasa ada setiap masa dan ketika di mana sahaja. Muhasabah diri.

Fafirru Ilallah.. Berlari pulang kepada Allah.




SZ: Aku juga. Konon nampak baik di sini. Hakikatnya masih mencari ruang keluar dari kegelapan dan kejahilan.

6 comments:

ctpayong said...

dalam pada kita ingatkan yang lain-lain, ianya juga dapat menjadi peringatan untuk diri sendiri. ingatkan kepada kebaikan ini selalu terbit dari hati yang tulus.

yang termampu kita lakukan adalah mengingatkan...selebihnya Allah SWT yang tentukan.

FaKArePa!n said...

ooo...camni maksudnya swastakan kebaikan..

TOYOTA VIOS 2013 TELAH SEDIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Hansyirah Takezur said...

tula.. selalu jugak benda2 gini. tapi kita berbaik sangka je lah kot. mungkin dia betul2 nak berubah.

cuma cam pelik la bila masyarakat kita dah terbiasa dengan ayat2 camni hanya untuk waktu2 camni. macam beribadah hanya kerana adat. bukan ibadat.

Unknown said...

kebaikan harus karena ikhlas supaya mendapat pahala dari Allah SWT, kunjungan balasan dong ke blog saya www.goocap.com

Muhammad Syahmi said...

Insya-Allah, sama-sama kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Unknown said...

Perkara nilah yg selalu dlm fikiran akak. Ada org tu terkejar2 nak habiskan baca alquran semata2 bulan ramadhan. Lepas tu? tahun dpn baru buka balik, tak guna kan?
Seolah2 munafik, baik pd masa tertentu je.
Solihin, sma2lah kita berusaha mencari jln keluar dari kegelapan dan kejahilan itu.