Sejam kemudian, ayah aku pun tiba dengan Pajero Turbo beliau. Sejam? Biasanya lebih kurang 25minit dah sampai. Bila aku keluar je dari perkarangan stesen bas tersebut, alangkah terkejutnya aku. Jalan raya dilimpahi air. Banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup. Jalan alternatif yang dibuka pun kitorang terpaksa jugak redah walaupun dilimpahi air. Kebanyakan taman-taman perumahan di Kedah ditenggelami air. Kereta-kereta berderet tersusun di tepi-tepi jalan raya coz kawasan taman perumahan ditenggelami banjir. Aku terfikir, kalaulah ada insan bodoh yang sanggup mendajal atau mencuri kereta-kereta mangsa banjir yang terpaksa di'parking' di tepi jalan tu, memang laknat lah! Takdak hati perut.
Aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah aku. Merentasi jalan-jalan alternatif yang aku sendiri tak pernah lalu. Berselut! Sawah di kiri dan kanan jalan bagaikan lautan. Suasana kelihatan sangat darurat. Sadisnya. Kasihan kat mangsa-mangsa banjir. Bagaimana penderitaan yang mereka terpaksa lalui. Berapa kerugian yang terpaksa ditanggung. Aku bersyukur kerana rumah aku bukan kawasan banjir. Tetapi hanya berada di tengah-tengah antara kawasan banjir iaitu Kuala Nerang, Alor Star dan Jitra. Alhamdulillah.. Syukur.. Walaubagaimanapun, sama-samalah kita berdoa agar bencana alam ini kembali reda. Semoga banjir akan surut dengan secepat yang mungkin. InsyaAllah.. Amin..
Sawah padi bagaikan lautan |
Tweet |
16 comments:
Semoga mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ALLAH...
huhu dah tengok sendiri an keadaan di sini? darurat abes ! Y___Y
erk..mcm laut dah sukasuki tgk...
uish dashyat nye bnjir ni..da bole berenang2 da
gmbr fes tuh sebijik mcm laut..yg kt tgh2 tuh pulau...
mungkin ada hikmah disebalik bencana ni...semoga kita ambil iktibar..
banjir teruk dah ni...
hmmm.... besar jgk banjir ya..
dekat le umah ko dgn kampung kami raya dtg umah le..hehe
keta boleh lalu tak takut engine rosak je..mudah-mudahan cepat surut..
huhu kampung akak dah biasa gini..=)
teruk banjir..abg keje kat perlis banjir gak..siap cuti lg..huhu..
amin.. semoga mereka semua tabah..
dulu pena prnah redah bnjir paras pinggang wktu blik skolah.. gatal2x satu badan.. hehe..
takotnyer tgk banjir ni
ehm macam mana la mereka survive???
amboi..banjir teruk na..
rasanya ni la banjir yg paling teruk penah melanda Kedah. Moga penduduk terlibat bersabar dgn ujian Allah..
up trafik di musim banjir...wahh..busynyerr...!
Post a Comment