Pages

Sunday, February 20, 2011

Kelebihan Isteri Kurang Cantik

Salam A'laik.. Ini ada sedikit info mengenai kelebihan beristeri kurang cantik (ayat sopan gitu..) Bukan bertujuan menyinggung perasaan wanita di luar sana. Tapi memberikan semangat kepada wanita bahawa kecantikan itu tidak menjamin sesuatu hubungan..

Isteri anda kurang cantik? Atau dalam bahasa kurang ajar, HODOH? Jangan risau kerana sesungguhnya isteri cantik bukan jaminan keluarga bahagia. Kebahagiaan tak pernah ditentukan oleh kecantikan. Malah, ada juga suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana terlalu cantik.

Lihat sajalah artis-artis wanita di Malaysia yang cantik dan cun melecun, tapi bercerai juga. Dari segi wajah, penampilan, karier, wang. Apa lagi yang kurang dari artis-artis tersebut? Mungkin kurang didikan agama je. Heheh..

*****************************

Inilah beberapa kelebihan mempunyai isteri yang kurang cantik: 

KOS RENDAH
Dia tidak demand ke salon-salon mahal. Treatment muka dan macam-macam lagi jarang dilakukan. Bersolek sekadar seadanya. Pakai bedak yang biasa-biasa saja. Kos fitness, diet menguruskan badan, sedut lemak, menghilangkan selulit, buat rambut, pakaian branded, dan macam-macam lagi. Mahal tu!

LEBIH SELAMAT
Risiko wanita kurang cantik untuk curang lebih kecil. Kalau jalan-jalan shopping ke mall atau plaza, tidak akan ada yang “pewit”. Tidak ada yang kenyit-kenyit mata, minta nombor henpon, e-mail, facebook, dan sebagainya. Err.. Blog?

RAJIN BEKERJA 
Wanita cantik risau kulitnya hitam terbakar, terkena cahaya matahari, tangannya tebal, dan sebagainya. Orang cantik risau kalau mop lantai, apalagi kalau membersihkan halaman rumah. Malah enggan mencuci pakaiannya sendiri, semua hantar ke kedai dobi. Isteri yang kurang cantik pula tidak segan-segan bekerja keras. Semua kerja rumah, housekeeping, biasanya diuruskan dengan baik. Tapi memang malang kalau ada isteri yang dah la tak berapa nak cantik, malas kerja, tapi suka melawan pulak. Haish!

LEBIH TAAT 
Bukan aku mengatakan semua tapi kebanyakan isteri yang cantik, kaya, terkenal, terang-terangan menolak status suami sebagai “ketua keluarga”. Queen control! Mereka rasa mereka hebat dan tidak layak dipimpin. Bajet bagus! Upss..

RUMAH TANGGA KEKAL
Isteri yang kurang cantik selalunya sangat berkomitmen menjaga keutuhan keluarga sehingga maut memisahkan. Tak ada fikiran untuk berpisah. Cuba kita lihat artis cantik yang senang bercerai kerana mereka tidak perlu risau sebab berderet kumbang kaya yang menunggu di luar sekiranya talak dijatuhkan.

*****************************

Walau apa jua, suami pun penting juga. Jangan ada hati nak melihat isteri cantik, menarik dan sedap mata memandang tapi penampilan sendiri kurang dijaga terutama perut yang buncit macam orang mengandung tapi tak beranak-beranak. Heheh.. Serabai dan sebagainya. Lepas tu ada juga yang menceraikan isteri yang tak berapa nak cantik kerana tergoda dengan wanita yang lebih muda.

Isteri yang tak berapa nak cantik pun jangan lupa sentiasa menjaga penampilan diri supaya dari isteri yang kurang cantik berubah kepada isteri yang cantik. Biar cantik di mata suami dah la.

Err.. Ada bantahan? Kak Diana? Ada nak wat entry balas? Kelebihan Suami Tak Hensem? ;-p

Yo Soy Betty La Fea

SZ : Sesunguhnya kecantikkan sejati itu ada pada hati budi.

61 comments:

Izamir Ridzwan said...

kalau jodoh dgn wanita cntik, nkk buat cmna??huhu

sally luvluv said...

nice entry . . sokong . . eheheheh

Unknown said...

de je tk cntik
tp demand klh y cntik
cmne tu

Amelia said...

solihin nk cakap yg dia skarang tak perlukan lisa surihani mahupun rozita che wan ... lalala~

Nava K said...

yes, beauty is not everything, I totally agree with you esp in relationships.

oshin said...

oh muka saya mcm betty . sy tak cantek . yahooo !

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

hurmm..cne kalau isteri aku lisa surihani..susah nak jaga cni =(

ch!natsu said...

hehe btol tuh..
so brsyukurla kan? hoho~

apapun yg cntik itu letaknya pada hati.. =)

yusz78 said...

nice one...hehe

Ibu Hidayahamin said...

...beragama lebih penting... tapi kalau dapat yang cantik dan beragama itu satu bonus....

Hishyamuddin said...

aku hodoh, cmne nk tekel pompuan cantik?keh3

RENTAS DUNIA TRAVEL AND TOUR SDN BHD said...

tak semestinya juga ada yang perangai sama hudoh dengan rupa

Ainul mARDZIAH said...

Tak semestinya jugak ada yang perangai hudoh sama dengan rupa

ABSOLUTE said...

yo choii betty la fea. haha. semua org cantik lah

kindergartenlibrary said...

Kecantikan itu subjektif ..
=)

CikTomyam said...

mintak share sat..
nak bg hubby baca..hee
nice entry..
^_________^

qasehraihan said...

IR cakap cmtu sbb bajet ngn YUYU la u..ahakss
entry awk ni sangat bagus..tahniah..

http://qasehraihan.blogspot.com/2011/02/teruknya-perempuan-itu.html

sarah-najwan said...

nape jika xchanntekk..digambrkan mcm betty la fea..

mekap xpandai
baju xsedondon
spek mata besar
jln kalut2...
mangsa buli
terlalu baiklah
bla..bla..bla..

tu seme streotaip...sb yg realiti bukan camtu..ada jugak org yg kategori tak lawa..tapi bab gaya meanrik..pakaina kemas..dll..

hehe

niesz said...

hahaha..betul ke ni..tp susah kot laki tu nk terima isteri kurang cntik nie..sbb niesz pnh kena ngn sorg mamat nie, menggatal ngn pompaun lain sbb isteri x cantik..mcmane tu..ehe..

Unknown said...

sy dahla xcantek buruk perangai lak tuh T____T yup,yg pntg cantek d mata suami sdh heee ;D

Unknown said...

hahaha...mcm xnk sokong je entri ni.. =p

Anonymous said...

salam bro..
akan diambil nasihat tu.. hehe

Fariq Jalil said...

tak memilih.. masih bujang.. jadi pada sesiapa yg berkenan dtg la meminang saya.. kehkeh..

menunggu entri balas dari kak diana.. :p

nur aisya humaira said...

Assalam..Bagus betul entry ni..sejuk ati org tak cantik..hak2..:)
sape kate tak cantik??sume cantik laa kejadian ALLAH ni...keh2..:)

iniialahaku said...

hodoh???BURUK lagi ok kot..hahaha...ala klu dah jodoh trima jelah...kcntikan sebnar bermula dari dalam..hehe

Unknown said...

stiap org ade keistemewaannye :)

biskut chipmore said...

kalau perangai cm haram, e2 tergolong dalam golongan xcantik jugak kan?

cik ciput said...

em semua bnda ada pros and cons..kadang2 ada jugak yg kurang cantik tpi still, maintenance tinggi..ada yg mmg cntik, tpi biasa2 je..hehe..

**apa pon, betol mcm SZ ckp, kecantikan sebenar terletak pd hati..hehe

cek chun said...

@sarah-najwan
sokong sarah. tak cantik tapi kemas, secara sendiri akan nampak cantik

cek chun said...

@sarah-najwan
sokong sarah. tak cantik tapi kemas, secara sendiri akan nampak cantik

toyolkiut said...

kalau sdara sendiri nak pilih yg camne??
emm..
hehe..
hati yg cantik.. pekerti yg molek..

aLya maNip said...

cantik tu subjektif..org kate, asal sedap mata memandang da la..hehe
mata lak masing2..so, seme ikot mata sdirik..ngeeeee
papepon..sokong entri nie..hehe

Unknown said...

pehh.agak terasa disini.hehehe.tp dah bersyukur dah.walaupun xcantik:)

sawn said...

Cantik ke tak sebenarnya itu bukan faktor utama...

By the way. Nice entry. So untuk wanita yg rasa kurang cantik tu jangan cakap takde laki yang tak suka.

SukaHatiAkulah said...

tak reti nak tengok sape cantek sape tak...wuwuwu..pendek kate, d mata NN sume cntek kalo prangai cantek..tapi kalo perngai hudus, mmg muke pon nmpk cm siamang berjanggut..laki pon cam tu...wuwuwuwu..

nurmisnan said...

Alhamdulillah... pemberian Allah
harus berterima kasih padaNya
sebab ada lagi kaum hawa yg tak cantik tuh
sudi berkahwin dgn kaum lelaki yang tak handsome tuh... hu3

yang penting ISTERI abang cantik dimata hati abang..

KELI OH KELI said...

oh begitu kisahnya...bagus strategi ni...apapun cantik atau tidak bukan ukuran yang penting...kerjasama...hahaha... ")

TiPs mEnGgOrEnG iKaN KeLi dEnGaN sElAmAt"

apdm said...

salam

n
hurm...ada ke lelaki pandang perempuan yang tak ada rupa?

Fairosza said...

bair buruk li duar,baik didalam...tp kalo baik diluar,baik di dalam pon ok juga...=)

Misssurvivor said...

seakan2 wanita y x cantik ini dijadikan objek untuk kepetingan diri sendiri dan bukannya seseorang yang dihargai...

Muhammad Syahmi said...

Agak2nyalah, ada tak laki yang nak amek pompuan yang kurang cantik?

Pompuan yang kurang cantik ni pula, klu dihiasi dengan agama dalam dada, insyaAllah, dapat suami yang penyayang.

faINa989 said...

yg penting, cantik pd pandangan suami, sedap mata memandang, sentiasa kemas, wangi, seksi..rasanya kalau semua tu ada insyaAllah laki x cari lain..dengan yg penting pandai jg hal rumah tangga...masak, kemas, etc...bla3..hhehehehe...


tp laki pun kena kemas tuk isteri jugak..

:)

#iwrite said...

tetap bersyukur dengan apa yang ada...tak cantik + perangai cantik = nampak cantik juga kan..dari cantik + perangai tak cantik = mesti org tengok tak cantik kan...

pena rozie said...

I like you entry....

☾SHiemaCMa786☾ said...

huhu...semua isteri2 kat dunia ni dikurniakan kecantikan oleh allah....

yg ut kene tepuk dada tnya iman...

:)

efa said...

ahaha perlu bersyukur dengan apa yang kita ada cntik itu luaran sja..aik gmbr betty tu mcm sindir aku yg bakal pkai braces ja haish dah huduh nnti ahahaha..

Miss AZ said...

haha!! cantik ka tak cantik ka.. semua tu bergantung pada individu tu jugak.. kalau pandai jaga semua.. suami tak cari lain punya.. :D

FadhDeela said...

setuju!!!!!!! hihi :P

Meh singgah: Tuala Wanita Punca Barah Pangkal Rahim??

Unknown said...

Oke, ni kelakar! Haha.

Jiraiya said...

Tips ; Pilih pasangan anda yg faham bahasa - itu penting.

shahjiehan said...

cantik berselera dan bertenaga la sikit..hehehe

tyka chou said...

tapi setiap wanita masih mahu juge kelihatan cantik.:)

aNdi.Hanin::حنين said...

kdg2 memang pelik tengok laki hensem, isterinye tak lawo. tapi dah laki dia cakap isterinye cantik. cantik tu subjektif :)

Qaseh Dalia said...

nasib baik diri ni xcantek..uhuuu

Ain Zulaikha said...

ya ya ya sayalah salah seorang dari wanita ini.. hahahahhaa

evita said...

pada saya semua yg tuhan jadikan adalah cantik dan molek tp kita perlulah cari di mana cantiknya seseorang itu....tiada yg hodoh kerana kalau kita hina yg hodoh samalah kita hina penciptanya...kita kena terima semuanya dengan hati terbuka..bukankna allah boleh cipta kita pelbagai rupe mengikut kehendaknya sahaja....jadi kalau kita pasangkan pemikirana bahawa semua manusia ada cantiknya maka hati kita juga semakin cantik

khaulah al-azwar said...

sy rajin je wat kje umah n sy cntik ape.. hahaa.. sori!!! perasan skit..

p/s: sume ciptaan ALLAH itu cntik ok!!! terserah kita untuk m'definisikan kcantikan seseorg tuu ^_^

arimourinho said...

aku suke perempuan kurang cantik...tapi kerjaya guru...:-)kalau cantik bodoh buat apa..nanti anak pun bodoh..hehehe

arimourinho said...

aku suke perempuan kerjaya cikgu..anak pun boleh dapat didikan...cantik tarak kerja wat apa..kawin takan hari2 nak bende tu je...nora danish pun kene cerai..hehehe

elise said...

salam alaik..
bagus entry ni.. mmberi smangat kpd sy yg mmpunyai rupa yg biasa2 saja..
tp x smua bpikiran mcm yg dnyatakan d dlm entry ni.. sbg hamba Allah, terima saja apa adanya, Allah lbeh tau kesanggupan hamba2nya :)

Kauthar said...

sy x mampu nk ckp diri ini cntik mahupun hodoh krn wajah & ksempurnaan tubuh bdn (lngkap sgala pncaindera) ini adlh pmberian Allah^^ hnya mmpu utk brsyukur n say Alhamdulillah..